Sunday 24 April 2011

(Review) New Honda Insight 2011


Honda Insight 2011 telah dilancarkan di Malaysia bertempat di Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS). Dengan harga permulaan RM 98,000 di atas jalan ternasuk insurans, kenderaan hibrid ini merupakan di antara yang termurah di dalam kelasnya.

Direka untuk menyimpan kuasa daripada tenaga brek, sebelum menghantar kembali kuasa semasa bergerak , sistem Honda Integrated Motor Assists( IMA) dikausakan oleh 14 Hp, 78 Nm kuasa tork motor eletrik, yang dijanakan dari Bateri Ni-MH dan Intelligent Power Unit (IPU).



Walaubagaimanapun, kuasa utama masih lagi dijanakan dari enjin 1.3 liter i-VTEC yang berkuasa 88 HP dan 121 Nm kuasa tork. Kuasa yang dijanakan terus kepada roda hadapan melalui transmisi CVT yang dinaik taraf.



Honda Insight 2011 ini juga didatangkan dengan jaminan waranti 5 tahun /140,000 km untuk bateri dan 3 tahun/100,000 km untuk jaminan asal. Berikut di bawah adalah gambar-gambar Honda Insight yang lebih menarik. Anggaran untuk tukar bateri yang baru adalah RM7000 lebih murah bebanding Civic Hybrid.

No comments:

Post a Comment