Friday 29 April 2011

Zakar Lembik Dan Tidak Cukup Tegang


SOALAN

Suami saya berusia 36 tahun manakala saya 32 tahun. Kami berkahwin 12 tahun lalu dan mempunyai lima anak berusia di antara enam bulan hingga 10 tahun. Masalahnya sekarang, sejak seminggu lalu zakar suami tidak menegang ketika ingin ‘bersama’ saya.
Selain lembik, air mani terkeluar sebelum zakar sempat dimasukkan ke dalam faraj. Sebelum ini masalah itu tidak pernah berlaku. Kami cuba beberapa kali sejak seminggu lalu dan masalah sama dihadapi.
Kami tersangat bimbang sekarang. Adakah ini tanda awal mati pucuk?
Nan,
Bayan Lepas, Pulau Pinang

JAWAPAN:

Istilah mati pucuk atau DE (Disfungsi Erektil) ialah kegagalan lelaki mencapai ereksi yang mencukupi dan kekal untuk tujuan seks penetratif. Jadi masalah yang suami anda alami kelihatan seperti mati pucuk.
Perkara ini boleh berlaku secara spontan atau beransur-ansur. Yang berlaku secara beransur-ansur dan memakan masa sebelum benar-benar mati pucuk, ia lebih berlaku akibat penyakit.

DE yang secara tiba-tiba, ia lebih akibat tekanan atau psikologikal. Namun, suami anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan sewajar. Membiarkan perkara ini terus berlaku tentu meningkatkan tekanan kepadanya dan juga kegelisahan kepada puan. Ketegangan zakar atau ereksi berlaku akibat kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar akibat tindak balas perasaan seksual.

Jika hanya zakar kelihatan besar tetapi tidak keras, itu ialah tahap ereksi gred pertama. Jika besar dan keras tetapi tidak cukup keras untuk dimasukkan ke dalam faraj, ereksi ini ialah gred dua, manakala gred tiga pula boleh masuk ke dalam faraj tetapi kadangkala gagal. Gred empat pula, ia boleh masuk ke dalam faraj dan kadangkala boleh terbengkok jika pasangan tidak bersedia, manakala ketegangan gred lima apabila ereksi keras macam kayu.

Kini ada pelbagai rawatan moden, tetapi perlu berjumpa doktor, bukan daripada peniaga tepi jalan. Saya syorkan anda memujuk suami berjumpa doktor.

Dipetik dari: www.hmetro.com.my

Thursday 28 April 2011

KEMBARA BERAKIT ANTARABANGSA SUNGAI PAHANG 2011

Kali kembara berakit akan bermula 8 Mei 2011 sehingga 14 Mei 2011. Tmpt permulaan adalah di Jeti Kuala Lipis dan berakhir di Kg Kuala Triang,Bera. Setiap pasukan terdiri drpd 6 pserta dan 4 pserta simpanan untuk 1 rakit. Marilah kawan2 kte melihat ekspidisi ini di PAHANG.
Sebarang pertanyaan boleh lah melalui:

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pahang
(Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia)
Taman Budaya Negeri Pahang
Lot 57100, Jalan Teluk Sisek
25000 Kuantan
Pahang
Tel : 09-5178466 / 09-5177397
Faks : 09-5179466

Wednesday 27 April 2011

(Review) Asal Usul Hari Pekerja iaitu 1 Mei


Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.
          
          Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.

      Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.

           Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh. 

           Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.

          Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan betapa pantas idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan.
 
         Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu.

Sunday 24 April 2011

(Review) New Honda Insight 2011


Honda Insight 2011 telah dilancarkan di Malaysia bertempat di Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS). Dengan harga permulaan RM 98,000 di atas jalan ternasuk insurans, kenderaan hibrid ini merupakan di antara yang termurah di dalam kelasnya.

Direka untuk menyimpan kuasa daripada tenaga brek, sebelum menghantar kembali kuasa semasa bergerak , sistem Honda Integrated Motor Assists( IMA) dikausakan oleh 14 Hp, 78 Nm kuasa tork motor eletrik, yang dijanakan dari Bateri Ni-MH dan Intelligent Power Unit (IPU).



Walaubagaimanapun, kuasa utama masih lagi dijanakan dari enjin 1.3 liter i-VTEC yang berkuasa 88 HP dan 121 Nm kuasa tork. Kuasa yang dijanakan terus kepada roda hadapan melalui transmisi CVT yang dinaik taraf.



Honda Insight 2011 ini juga didatangkan dengan jaminan waranti 5 tahun /140,000 km untuk bateri dan 3 tahun/100,000 km untuk jaminan asal. Berikut di bawah adalah gambar-gambar Honda Insight yang lebih menarik. Anggaran untuk tukar bateri yang baru adalah RM7000 lebih murah bebanding Civic Hybrid.

IcanTomei Club : How Hybrids Work

A hybrid engine is a vehicle that uses two or more distinct power sources to move the vehicle. The term most commonly refers to hybrid electric vehicles (HEVs) which combination of an internal combustion engine and electric motors.

HOW HYBRIDS WORK

Hybrid-electric vehicles (HEVs) combine the benefits of gasoline engines and electric motors and can be configured to obtain different objectives, such as improved fuel economy, increased power, or additional auxiliary power for electronic devices and power tools.
Some of the advanced technologies typically used by hybrids include
  • Regenerative Braking. The electric motor applies resistance to the drivetrain causing the wheels to slow down. In return, the energy from the wheels turns the motor, which functions as a generator, converting energy normally wasted during coasting and braking into electricity, which is stored in a battery until needed by the electric motor.
  • Electric Motor Drive/Assist. The electric motor provides additional power to assist the engine in accelerating, passing, or hill climbing. This allows a smaller, more efficient engine to be used. In some vehicles, the motor alone provides power for low-speed driving conditions where internal combustion engines are least efficient.
  • Automatic Start/Shutoff. Automatically shuts off the engine when the vehicle comes to a stop and restarts it when the accelerator is pressed. This prevents wasted energy from idling.
The schematic of hybrid engine:






Here, an example of the car that using the hybrid engine:

Honda Malaysia has launched the new Honda Insight which is the new B-segment Insight takes over the Civic Hybrid’s place as the cheapest hybrid car in Malaysia with a price tag of only RM98,000 OTR including insurance. This makes it exactly RM7,520 more than the most expensive Honda City.


    For more understanding, you can see the animation on this link:
    http://www.fueleconomy.gov/feg/hybridAnimation/swfs/hybridframe.html

    Friday 22 April 2011

    Key and Crack Antivirus terbaru 2012


    Pernahkah file di dalam komputer atau pendrive anda menjadi shortcut secara tiba2.... walhal di dalam file tersebut mempunyai data yang anda kehendaki..... ia pernah terjadi pada saya....biasa ianya berlaku di komputer2 di dalam pejabat.. file tersebut tidak boleh dibuka dan ada simbol arrow yang menandakan ia telah mnjadi file shortcut....



    Disini saya ada key utk membuka file tersebut....
    Jgn segan utk mencuba kawan2....Tq

    Step 1: buka...command prompt
    Step 2: taip.... attrib -h -r -s /s /d f:\*.*

    utk f:\*.* di atas....rujuk pada drive mna yg anda mahu tujukan...sekiranya drive g...maka g:\*.*

    Wednesday 20 April 2011

    Derma Dara



    Sempena program DERMA DARAH di tempat kerja sy pd 20 Apr 2011....di sini izinkan saya berkongsi serba sedikit mengenai tajuk derma darah....

    Menderma darah adalah perbuatan mulia dan menjadi salah satu amalan sedekah yang tidak ternilai harganya. Sebenarnya sel darah merah dalam badan kita hanya bertahan antara 115 hingga 120 hari. Selepas tempoh ini, ia musnah dan digantikan dengan sel baru. Darah ini akan disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari. Sel darah kita akan membentuk semula sel baru dalam tempoh selepas 120 hari.


    Kebaikan menderma darah:
    a. Merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan 
        lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan 
    b. Penderma akan berasa lebih sihat dan segar
    c. Dapat menyelamatkan nyawa orang lain kerana giliran kita memerlukan darah mungkin tiba satu   
        hari nanti.

    Mesti anda ingin tahu berapa banyakkah darah kita untuk diambil? Tidak banyak, hanya satu unit iaitu antara 300 hingga 450 mililiter saja, bergantung kepada berat badan anda. Selepas menderma, anda akan diberikan pil zat besi dan asid filik bagi merangsang badan menghasilkan sel darah baru. 

    Tetapi ingat saudara saudari....sebelum menderma pastikan anda melihat tidak memiliki kriteria-kriteria di bawah ini:

    1. Berumur 18 hingga 65 tahun.

    2. Berat badan melebihi 45 kilogram.

    3. Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.

    4. Tidak menghidap penyakit kronik.

    5. Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.

    6. Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.

    7. Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

    Anda DILARANG menderma darah buat sementara waktu jika:

    1. Demam.

    2. Berat badan kurang 45 kilogram.

    3. Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.

    4. Tidur kurang lima jam.

    5. Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.

    6. Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.

    7. Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.

    8. Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.

    9. Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.

    Paling penting, jangan menderma darah jika anda:

    1. Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.

    2. Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.

    3. Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).

    4. Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual).

    5. Mengambil dadah secara suntikan. 


    akhir kata, dermalah darah untuk 1 Malaysia....

    P/S: ohye, sebagai umat Islam.... bolehkah anda menerima darah dari orang dari bukan beragama Islam? sila berikan komen anda. Terima Kasih (^.^)/ 


    Sunday 17 April 2011

    Rancangan Pembangunan Strategik Tentera Darat (TD) Dalam Mentransformasikan Sistem Pengurusan Pertahanan


    Malaysia kini telah 53 tahun merdeka selepas sahaja negara ini mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Sejak dari itu, negara ini telah berkembang pesat seiring dengan kemajuan pembangunan negara-negara maju di rantau ini. Pada tahun 1991, kita telah melahirkan azam untuk mencapai Wawasan 2020 dengan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Walaupun pada dasarnya kita berjaya mencapai kemajuan dengan kadar pertumbuhan waktu ini, negara kita masih lagi kehilangan daya saing dan kekurangan dalam mencapai matlamat kita dalam bidang ekonomi dan sosial. Perubahan asas perlu dilakukan dalam pelbagai aspek, bukan sahaja dalam prestasi ekonomi dan sosial tetapi sistem pengurusan strategik juga sangat penting dalam menjana dan memacu ekonomi serta pembangunan negara masa kini.

    Sehubungan dengan itu, bagi menghadapi segala cabaran yang menghalang kita daripada mencapai Wawasan 2020, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (PTK) selaras dengan prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Program ini merupakan satu langkah dalam merealisasikan wawasan 2020 berpandukan kepada pelan hala tuju sebagai medium penyampaian agenda kerajaan. Pelan hala tuju ini dirangka oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan atau PEMANDU (Performance Management and Delivery Unit) bagi menghalusi objektif, keberhasilan dan langkah tindakan permulaaan yang memberikan tumpuan pada 2010. Antara bidang yang dikenal pasti ialah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) di mana memberikan fokus pada tindakan dan hasil yang dapat dilihat dan dinikmati oleh rakyat.

                Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "transformasi" bermaksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan. Dalam erti kata yang lain, ia merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain, berbeza daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna. Justeru transformasi juga boleh disebut sebagai satu bentuk perubahan. Terdapat pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan. Manakala mengikut Jaafar Muhamad (1999), dalam keadaan biasa perubahan diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru. Sementara Stoner (1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001) mentakrifkan perubahan sebagai proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun tidak. Pertukaran situasi ini boleh berlaku terhadap empat aspek iaitu struktur organisasi, produk atau perkhidmatan, teknologi dan manusia.

                Justeru itu, PTK telah dibahagikan kepada tiga fasa utama dalam menjayakan pelan hala tuju ini. Dalam Fasa 1 (2010 – 2012), objektif utama adalah untuk menentukan satu mekanisme baru bagi melaksanakan perubahan dan menyampaikan keberhasilan yang besar dengan pantas kepada rakyat. Ini termaksuklah penetapan dan penyampaian sasaran dalam NKRA dan MKRA untuk menangani perkara yang diutamakan oleh rakyat. Untuk Fasa 2 (2012-2015), transformasi kerajaan akan lebih melebar dan mendalam. Pada ketika itu, aspek penting kehidupan harian sepertimana yang ditakrifkan dalam NKRA dan MKRA sudah menjadi lebih baik dengan ketara. Seterusnya, diharapkan struktur ekonomi negara dapat berkembang sejajar dengan Model Ekonomi Baru ke sektor yang mempunyai nilai tambah yang tinggi. Manakala Fasa 3 (2015-2020), negara mampu mencipta perubahan asas bagi masyarakat majmuk di Malaysia seperti yang dibayangkan oleh Wawasan 2020. Rakyat akan merasai suatu perasaan baru sebagai rakyat Malaysia dengan tahap kemakmuran yang lebih tinggi dan kualiti perkhidmatan awam yang lebih baik.

                Di dalam mendokong usaha tranformasi kerajaan dan demi mencapai misinya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengambil inisiatif dengan menambahbaik sistem pengurusan pertahanan yang lebih bersepadu untuk membantu dalam menyatukan usaha-usaha yang bakal dirancang dan dilaksanakan oleh setiap cabang perkhidmatan. Pada 9 Julai 2010, ATM dengan rasminya melancarkan sistem pengurusan bersepadu dinamakan Sistem Pengurusan Strategik ATM (SPS ATM). Majlis pelancaran SPS ATM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin di Auditorium Kementerian Pertahanan dan disaksikan oleh warga ATM seluruh Malaysia melalui saluran media. Dengan pelancaran SPS ATM ini, ianya melambangkan  komitmen dan keprihatinan oleh pucuk pimpinan tertinggi ATM terhadap pencapaian visi dan misinya. Dengan SPS ATM juga, usaha untuk mentransformasikan ATM ke arah keupayaan dimensi ke empat (4D MAF) akan lebih berkesan, teratur dan terancang.

                Menurut Muhamad Ali (2003), Pengurusan Strategik dapat didefinisikan sebagai satu proses perancangan jangkamasa panjang yang mana organisasi akan menentukan misi dan objektif dengan sumber-sumber yang dimiliki untuk mencapai misi yang telah ditetapkan. Ia juga dilihat sebagai suatu penggabungan analisis dalaman yang menilai keupayaan dan kekuatan sesebuah organisasi dan analisis luaran yang melibatkan analisis peluang-peluang dan ancaman-ancaman yang boleh memberi risiko kepada organisasi. Penggabungan ini akan memberikan satu dimensi baru kepada seseorang pengurus atau pengarah untuk membuat analisis kritikal tentang kekuatan sesebuah organisasi dan peluang-peluang yang wujud dalam membuat keputusan.

                Justeru itu, sistem ini juga boleh dianggap sebagai satu tindakan bijak dalam usaha untuk memodenkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan di dalam ATM. Sistem yang digunapakai adalah berpandukan kepada kaedah pelan pengurusan dan perancangan strategik atau dikenali sebagai balanced scorecard (BSC) itu terbukti begitu efektif dan efisien kerana sistem ini menjadi medium komunikasi strategik yang menyeluruh untuk digunapakai sebagai tempat pengukuran terhadap semua perancangan strategik ATM. Perancangan strategik itu dilaksanakan dengan mengambil kira faktor kejayaan dan rancangan pembangunan yang sedia ada. Dalam erti kata yang lain, kewujudan SPS bertujuan memacu ATM ke arah menjadi satu angkatan tentera yang berintegriti, berketahanan, dihormati dan disegani pada masa hadapan. Menurut kata-kata Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, sistem ini sebenarnya telah digunapakai secara menyeluruh di setiap peringkat sama ada markas ATM, markas-markas perkhidmatan, markas angkatan bersama serta Bahagian Staf Perisikan Pertahanan sejak beberapa tahun lalu. ''Pelaksanaan SPS ATM diharap dapat menyelaraskan semua usaha bahagian dan cawangan menerusi sistem dan instrumen pengurusan yang lain seperti pengurusan kualiti menyeluruh, ISO 9000, kumpulan inovatif dan kreatif dan sistem penarafan bintang. Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak agar terus memperkasa langkah-langkah penambahbaikan keupayaan dan kesiagaan organisasi yang meliputi keberkesanan sistem perjawatan, pemerintahan dan pengurusan, pembangunan sumber manusia serta aliran proses kerja,'' katanya di dalam perasmian pelancaran SPS ini.

                Panglima ATM juga turut menyatakan bahawa dengan pelaksanaan BSC ini ATM akan dapat mengkoordinasi, memantau dan mengukur tahap prestasi dan pencapaian segala aktiviti pengurusan strategik di setiap perkhidmatan secara lebih teratur, berkesan dan telus. ''Saya optimistik SPS yang dilancarkan akan membolehkan kita mengukur prestasi dan pencapaian ATM sejajar dengan wawasan, misi dan matlamat khususnya dalam konteks kebersamaan. Selain itu, ia juga akan menjadi penentu pada pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi ATM serta menilai pencapaiannya melalui prestasi petunjuk utama ATM,'' katanya lagi. Perancangan strategik ATM termasuk SPS dibangun dan diterjemahkan dalam bentuk peta strategi ATM yang memaparkan objektif dan keberkesanannya. Pengukuran pencapaian objektif itu kemudiannya dilaksana berdasarkan Bidang Keberhasilan Utama (KRA) serta Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan. Seterusnya, KPI yang telah ditetapkan itu akan dicapai melalui pelaksanaan inisiatif strategik yang turut membabitkan penyaluran maklumat daripada setiap perkhidmatan. Pada peringkat akhir, peta strategi ATM perlu diperturunkan sehingga ke peringkat perkhidmatan agar ia sejajar dan menyokong SPS ATM serta menjamin pencapaian setiap objektif strategik dan KPI sepetimana yang telah digariskan oleh majlis tertinggi ATM.
               
                Sehubungan dengan itu, Tentera Darat (TD) juga telah menyahut seruan ATM dalam melaksanakan program yang dinamakan Balanced Scorecard (BSC) sebagai satu kaedah pengurusan strategik dan juga pengukuran prestasi setiap organisasi di dalam TD. BSC ini merupakan salah satu kaedah pemantauan proses pencapaian prestasi sesuatu organisasi di mana ATM merupakan perintis dalam Kerajaan Malaysia yang menggunakan secara rasminya pada 1 Mac 2007. BSC ini merupakan pemangkin kepada Rancangan Pembangunan Strategik TD serta akan membantu dalam memastikan Markas Pemerintahan dan formasi serta setiap lapisan warga TD lebih berfokus kepada Wawasan, Misi dan Objektif yang sedia ada. Ianya seperti sistem pelaksanaan Pemetaan Strategi TD, sistem Pengukuran Prestasi dan Petunjuk Prestasi Utama TD dan meningkatkan keberkesanan perhubungan dan komunikasi di antara MK TD dan MK Pemerintahan serta MK Formasi-formasi di dalam TD. Di samping itu juga, perlaksanaan BSC menyahut seruan Kerajaan yang berkehendakkan semua agensi Kerajaan mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama. TD sentiasa berpaksikan kepada budaya kerja yang mengutamakan strategi dan prestasi pencapaian di setiap lapisan pemerintahan. TD juga sentiasa bergerak maju seiring dengan pelan Pembangunan Dimensi Keempat ATM dan agenda transformasinya agar TD sentiasa dalam kesiagaan demi keamanan dan kemakmuran warga TD khususnya dan ATM amnya.

                Selain itu, ianya akan dapat membantu dan merancakkan lagi proses dalam melaksanakan Rancangan Pembangunan Strategik jangka panjang iaitu Army 2 10 plus 10  yang sedia ada selain dari melaksanakan konsep pengurusan perubahan yang diberi penekanan dalam Marksman. Menurut mantan Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Abdul Aziz bin Hj Zainal, di dalam pelan Pembangunan Strategik TD Army 2 10 Plus 10 telah menggariskan hala tuju dan pembangunan strategik TD untuk menjadi satu ketumbukan yang decisive, credible, deployable and highly versatile. Dalam menjayakan objektif tersebut, pelan ini akan dilaksanakan secara terancang, seimbang, konsisten dan berkesinambungan sehingga tahun 2020 sebagai panduan untuk memacu TD ke arah kecemerlangan. Selain itu, proses transformasi ini akan menggerakkan dan memacu TD ke arah pemodenan dari segi penambahbaikan doktrin, konsep operasi dan peperangan, teknologi pertahanan dan juga integrasi teknologi dengan manusia. Untuk mengukuhkan lagi pembangunan modal insan dalam proses transformasi Army 2 10 Plus 10, TD juga telah memperkenalkan konsep Marksman sebagai pemangkin kepada pengurusan perubahan tersebut.

                Secara ringkasnya, marksman atau kejaguhan ini membawa maksud yang mendalam antaranya dari aspek ketenteraan adalah jaguh dalam bidang tembakan manakala dari aspek pengurusan adalah untuk membangunkan insan, meningkatkan prestasi kepimpinan dan semangat keperwiraan di tahap tertinggi bagi setiap warga TD. Proses transformasi antara manusia dengan teknologi akan menjadi penghalang kepada sebarang kemungkinan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, keruntuhan akhlak dan nilai-nilai negatif yang akan timbul. Budaya Marksman yang diterapkan adalah bertujuan untuk menjana semula nilai teras TD dan diaplikasikan dalam kerja seharian setiap warga dan organisasi TD. Menerusi budaya Marksman ini, pengurusan prestasi TD akan dipantau melalui petunjuk prestasi utama yang telah dikenalpasti.

                Di dalam perspektif TD, BSC akan dapat memudahkan kepimpinan TD mengukur inisiatif dan tindakan untuk meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan dalaman organisasi TD iaitu merangkumi sumber manusia, sistem dan prosedur untuk meningkatkan prestasi organisasi TD itu sendiri. Dengan itu, TD akan menjadikan BSC sebagai satu alat atau peranti pengurusan yang membolehkan pengurusan tertinggi dan pertengahan TD secara berkesan menghubungkan pemutusan keputusan, perancangan strategik, aktiviti operasi dan latihan, peruntukan sumber, pengukuran prestasi dan perancangan kewangan. Seterusnya, bagi merealisasikan legasi yang ditinggalkan oleh Panglima Tentera Darat yang ke- 21 itu, mantan Panglima Tentera Darat yang ke-22, Jeneral Dato' Sri Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin telah menekankan enam perkara sebagai teras utama di dalam Perintah Ulung beliau untuk memastikan perjuangan ini diteruskan oleh warga TD demi menjadikan TD sebagai sebuah angkatan tentera yang relevan, kredibel, versatile, lethal, deployable dan sustainable, berpandukan kepada Pelan Pembangunan Strategik TD. Dalam konteks ini, perkara pertama yang dinyatakan adalah profesionalisme dan pembangunan insan yang memberi keutamaan terhadap mengemaskinikan doktrin am dan doktrin Kor bagi membolehkan TD bergerak seiring dengan perkembangan semasa dan sentiasa menjadi relevan dalam usahanya mempertahankan kedaulatan negara. Dengan keyakinan dan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat, amat jelas setiap warga TD harus menggalas dan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan tahap profesionalisme diri di samping berusaha gigih melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan dan penuh dedikasi. Di zaman teknologi yang mencabar dan sentiasa berubah-ubah, kita sebagai anggota TD juga perlu memperlengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan mengikut bidang kepakaran masing-masing bagi mempertingkatkan tahap profesionalisme individu dan juga kumpulan.

                Selain itu, perkara yang ditekankan adalah kepimpinan kerana ia merupakan satu faktor asas yang mempengaruhi kejayaan, kecemerlangan dan kewujudan TD itu sendiri sebagai sebuah organisasi yang mempertahankan kedaulatan negara. Semua peringkat kepimpinan dan pemerintahan dalam TD perlu mempraktikkan kepimpinan yang berkesan, berhemah dan beramanah. Kepimpinan melalui teladan hendaklah diterapkan di semua peringkat pimpinan. Tambahan daripada itu, semua peringkat pemimpin juga hendaklah mempunyai kekuatan moral dan bukan tergolong daripada mereka yang tidak mahu mengambil risiko iaitu bekerja dengan sambil lewa dan tidak mahu bertanggungjawab dalam setiap keputusan dan tindakan yang dibuat. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, setiap warga TD mestilah menyemai semangat perpaduan demi untuk keutuhan TD dan ATM amnya serta bertanggungjawab dalam segala tindak-tanduk. Perpaduan inilah merupakan kekuatan yang dapat membawa TD untuk mengharungi cabaran-cabaran masa hadapan dengan berkesan.

                Pengurusan yang berlandaskan kecekapan, beramanah, praktikal dan telus juga penting dalam melatih dan melaksanakan budaya yang diinginkan dalam organisasi ini. Ini  kerana tumpuan utama adalah terhadap pembangunan sumber manusia agar menjadi sumber tenaga yang lebih kompeten, terlatih dan berkesan bagi memastikan kejayaan perlaksanaan budaya Marksman ini. Oleh yang demikian, antara kaedah pengurusan yang boleh digunapakai dalam melaksanakan budaya ini adalah pengurusan modal sumber manusia untuk mengambil kesempatan ke atas pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh individu serta menyatukannya bagi memenuhi matlamat organisasi ini. Selain itu, pengurusan sumber pengetahuan juga penting untuk menggalakkan pembelajaran yang berterusan serta menjana pemikiran dan perkongsian maklumat bagi menggalakkan budaya bekerjasama di kalangan warga TD. Sebagai contoh, antara program pembelajaran yang disediakan untuk warga TD adalah e-Learning atau Program Pengajian Jarak Jauh. Pendekatan ini diambil bertujuan untuk menghasilkan generasi pelapis yang berpengetahuan dan berkemahiran terutama dibidang teknologi maklumat dan pengurusan sumber manusia. Program ini juga akan memberi peluang kepada pihak tentera terutama bagi anggota lain-lain pangkat untuk meningkatkan kesiapsiagaan mereka didalam era globalisasi.

                Perkara yang dinyatakan seterusnya ialah pembangunan TD serta penstrukturan organisasi yang akan menggunakan konsep dan pembangunan future soldiers for future battlefield. Bagi memastikan keberhasilan pelan ini, struktur organisasi unit-unit TD perlulah dikaji dari masa ke semasa. Manakala dari segi pembangunan keselesaan anggota, ‘Project Army Care’ yang merupakan kombinasi Peruntukan Pembangunan dan Peruntukan Pengurusan dapat dilaksanakan dengan terancang dan teratur. Ini juga termaktub di dalam Perintah Ulung Panglima TD sekarang, Jeneral Datuk Zulkifeli bin Mohd Zin di dalam Dimensi Kedua yang memberikan keutamaan untuk meningkatkan kualiti hidup setiap warga dan keluarga TD kerana beliau sedar bahawa keselesaan dan kesempurnaan hidup akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produktiviti warganya. Dengan pendekatan ini keselesaan dan kualiti hidup akan dapat dinikmati dan dikecapi oleh seluruh warga dan keluarga Tentera Darat bagi menjayakan Rancangan Pembangunan Strategik TD secara tidak langsung.

                Perhubungan dan imej merupakan dua aspek penting dalam memperkukuhkan kepercayaan terhadap TD. Sehubungan itu, tingkah laku dan perbuatan yang boleh mencemarkan imej TD hendaklah dielakkan. Setiap warga TD adalah merupakan duta-duta kecil yang menjadi penghubung antara warga tentera dan awam sekaligus membina imej positif TD itu sendiri. Dalam hal yang sama, TD akan terus meningkatkan kerjasama dan kesepakatan dengan agensi-agensi kerajaan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) selaras dengan kata-kata ‘tentera dan rakyat berpisah tiada’. Perkara terakhir yang disentuh ialah semua peringkat pemimpin dan staf perancang sentiasa mengamalkan pemikiran kreatif iaitu proses pemikiran untuk menghasilkan berbagai penyelesaian dan tindakan terhadap sesuatu masalah yang timbul. Bagi menghadapi segala cabaran-cabaran keselamatan sama ada di dalam atau di luar negara, TD memerlukan pemikiran yang menggabungkan ciri-ciri ‘lateral thinking’ dan juga ‘vertical thinking’. Tambahan lagi, warga TD perlu mempunyai pemikiran di luar kotak fikiran sendiri bagi menghasilkan pemikiran kreatif dalam aspek perancangan serta pelaksanaannya. Dalam hal ini, semua peringkat pemerintahan perlu menerapkan ciri-ciri pemikiran sedemikian dalam segala aspek pengurusan dan pentadbiran.

                Kesimpulannya, untuk memastikan agar TD sentiasa mengutamakan peningkatan prestasi pada sebilang masa merupakan satu cabaran yang kompleks. Cabaran keselamatan yang tidak menentu memaksa TD menyesuaikan organisasinya kepada perubahan persekitaran semasa agar TD sentiasa bersiapsiaga dan terus maju ke hadapan. Keperluan untuk memastikan organisasi sentiasa menghadapi cabaran masa akan datang merupakan antara aspek-aspek penting dan antara cara yang terbaik adalah melalui perolehan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman-pengalaman yang baru dan menghasilkan keupayaan bersepadu dalam menghadapi zaman serba mencabar. Oleh yang demikian, dalam pelaksanaan Rancangan Pembangunan Strategik TD akan menentukan satu pendekatan strategik yang komprehensif terhadap pembangunan sumber manusia dalam TD bagi menghadapi cabaran keselamatan dan juga menambah nilai pendapatan setiap warga TD menjelang 2020. Sebagai pemangkin, BSC yang digunakan akan diaplikasikan oleh TD sebagai alat pengurusan untuk mencapai matlamat dan objektif strategi organisasi TD serta mampu menjuruskan kepada pencapaian matlamat dan objektif yang berlandaskan kepada visi dan misi organisasi TD. Penerapan dan penghayatan BSC ke dalam TD adalah penting sebagai satu sistem pengurusan strategi untuk menguruskan rancangan jangka panjang TD.
    Seterusnya menjadi tanggungjawab setiap peringkat pemerintahan untuk memastikan warga TD memiliki kriteria lengkap untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat dengan mendalami ilmu pengurusan terutamanya ilmu pengurusan strategik agar produktiviti sesebuah organisasi itu sentiasa di tahap yang membanggakan.

    Saturday 16 April 2011

    hari sabtu yang panas 16/4/11

    wahhh......hari yang boring sedunia... xtau nk wat apa....fulus pn tarak.....apa agak nk wat yea kwn2...

    Monday 11 April 2011

    Laptop DELL

    DELL XPS 14 LAPTOP


    saya tertarik dengan model laptop baru ini...Dell XPS 14 Laptop.... sekira nya anda pengguna yanag mahu kan laptop yg utk bekerja dan gaming.....saya syor kan belilah laptop ini...... untuk pengetahuan semua, saya juga pengguna Dell...tp model Inspiron....stakat ini tiada masalah saya hadapi......
    so, cuba2 la usha2 dlu model ini ya kawan2 ...\

    Sila lihat link di bawah:
    http://www.dell.com/my/p/xps-14/pd