Wednesday 20 April 2011

Derma Dara



Sempena program DERMA DARAH di tempat kerja sy pd 20 Apr 2011....di sini izinkan saya berkongsi serba sedikit mengenai tajuk derma darah....

Menderma darah adalah perbuatan mulia dan menjadi salah satu amalan sedekah yang tidak ternilai harganya. Sebenarnya sel darah merah dalam badan kita hanya bertahan antara 115 hingga 120 hari. Selepas tempoh ini, ia musnah dan digantikan dengan sel baru. Darah ini akan disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari. Sel darah kita akan membentuk semula sel baru dalam tempoh selepas 120 hari.


Kebaikan menderma darah:
a. Merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan 
    lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan 
b. Penderma akan berasa lebih sihat dan segar
c. Dapat menyelamatkan nyawa orang lain kerana giliran kita memerlukan darah mungkin tiba satu   
    hari nanti.

Mesti anda ingin tahu berapa banyakkah darah kita untuk diambil? Tidak banyak, hanya satu unit iaitu antara 300 hingga 450 mililiter saja, bergantung kepada berat badan anda. Selepas menderma, anda akan diberikan pil zat besi dan asid filik bagi merangsang badan menghasilkan sel darah baru. 

Tetapi ingat saudara saudari....sebelum menderma pastikan anda melihat tidak memiliki kriteria-kriteria di bawah ini:

1. Berumur 18 hingga 65 tahun.

2. Berat badan melebihi 45 kilogram.

3. Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.

4. Tidak menghidap penyakit kronik.

5. Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.

6. Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.

7. Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

Anda DILARANG menderma darah buat sementara waktu jika:

1. Demam.

2. Berat badan kurang 45 kilogram.

3. Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.

4. Tidur kurang lima jam.

5. Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.

6. Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.

7. Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.

8. Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.

9. Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.

Paling penting, jangan menderma darah jika anda:

1. Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.

2. Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.

3. Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).

4. Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual).

5. Mengambil dadah secara suntikan. 


akhir kata, dermalah darah untuk 1 Malaysia....

P/S: ohye, sebagai umat Islam.... bolehkah anda menerima darah dari orang dari bukan beragama Islam? sila berikan komen anda. Terima Kasih (^.^)/ 


No comments:

Post a Comment