Tuesday 3 May 2011

HARI IBU - Hargai pengorbanan ibu anda


Penghormatan yang tinggi kepada ibu menjadikan setiap tahun satu hari dikhususkan untuk meraikan dan menghargai golongan tersebut. Masyarakat di 46 buah negara termasuk Malaysia memilih hari Ahad kedua dalam bulan Mei sebagai Hari Ibu.

Tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 8 Mei. Antara negara lain yang turut memilih hari Ahad kedua bulan Mei sebagai Hari Ibu ialah Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada dan Singapura. Terdapat negara yang memilih tarikh lain bagi menyambut Hari Ibu, misalnya Sweden menyambut Hari Ibu pada Ahad terakhir dalam bulan Mei, Norway pada Ahad kedua pada Februari dan Poland memilih sambutan Hari Ibu pada tarikh 26 Mei.

Hari Ibu yang pertama disambut di AS pada 1914. Tradisi menyambut Hari Ibu kemudiannya tersebar di beberapa negara. Bagaimanapun, budaya sambutan Hari Ibu di setiap negara adalah berbeza berdasarkan amalan sesebuah masyarakat. Biar bagaimanapun cara Hari Ibu disambut di serata dunia, ideanya adalah sama iaitu menyatakan rasa cinta, hormat dan terima kasih di atas kasih sayang yang dicurahkan dan pengorbanan ibu. 

No comments:

Post a Comment