Friday, 6 May 2011

Accessories/Bodykit for Honda City 08-11


          Setelah puas mencari bodykit utk kereta sy....sy rasa blog ni sesuai untuk mereka penggemar kereta yg mencari alat accessories or bodykit atau apa saja mngenai kereta anda serta penjual2 yang ada....
anda boleh membuka link ini:

http://www.zerotohundred.com/newforums


Untuk pengguna atau penggemar kereta Honda City 2008 - 2011...di bawah ini adalah antara bodykit dan accessories yg dpt sya carikan:
 
a) Modulo full skirting - PU RM650
     FRONT 

REAR

b) Modulo spoiler - Fibre RM140 / PU RM170





c) Mugen full skirting - Fibre RM420 / PU RM680

 FRONT

 REAR

d) Mugen front grille - RM140 


e) Mugen spoiler - RM200

f) INGS+1 conversion - Fibre RM800
FRONT

REAR

g) Type R spoiler - RM180

untuk membeli atau deal.....anda boleh melawat laman web ini KRAYCO MOTORSPORT.
http://www.zerotohundred.com/newforums/exterior-and-body/347955-krayco-honda-city-bodykit-and-spoiler-online-store.html

Tuesday, 3 May 2011

HARI IBU - Hargai pengorbanan ibu anda


Penghormatan yang tinggi kepada ibu menjadikan setiap tahun satu hari dikhususkan untuk meraikan dan menghargai golongan tersebut. Masyarakat di 46 buah negara termasuk Malaysia memilih hari Ahad kedua dalam bulan Mei sebagai Hari Ibu.

Tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 8 Mei. Antara negara lain yang turut memilih hari Ahad kedua bulan Mei sebagai Hari Ibu ialah Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada dan Singapura. Terdapat negara yang memilih tarikh lain bagi menyambut Hari Ibu, misalnya Sweden menyambut Hari Ibu pada Ahad terakhir dalam bulan Mei, Norway pada Ahad kedua pada Februari dan Poland memilih sambutan Hari Ibu pada tarikh 26 Mei.

Hari Ibu yang pertama disambut di AS pada 1914. Tradisi menyambut Hari Ibu kemudiannya tersebar di beberapa negara. Bagaimanapun, budaya sambutan Hari Ibu di setiap negara adalah berbeza berdasarkan amalan sesebuah masyarakat. Biar bagaimanapun cara Hari Ibu disambut di serata dunia, ideanya adalah sama iaitu menyatakan rasa cinta, hormat dan terima kasih di atas kasih sayang yang dicurahkan dan pengorbanan ibu.