Sunday, 21 August 2011

Pertemuan dan Perpisahan 2010


Segala Pujian tertinggi bg ALLAH S.W.T.. Tuhan sekalian alam..
Yang menciptakan Adam dan Hawa.. Dan mencipta aku dan kamu..
 
Walaubagaimanapun, Tuhan selalu punya cara bagaimana pertemuan terjadi, begitupun DIA selalu punya jalan perpisahan harus terjadi. Dunia ini terdiri dari berbagai kisah,tersusun bagai puzzle yang saling berhubungan satu sama lain. Dimana setiap satu membawa erti dan hikmah tersendiri.....

Sebagai seorang insan yang kerdil dan taat kepadaNya, kita perlu bersyukur seadanya kerana DIA lebih mengetahui apa yang tersirat di sebalik kejadian yang berlaku.... Tabahkan hati mu....walaupun perpisahan itu memeritkan, hidup ini perlu diteruskan....

Pertemuan itu selalu indah untuk dikenang apalagi jika pertemuan itu menyambung silaturahim yang sebelum ini tidak pernah wujud, sedangkan perpisahan selalu membawa air mata meskipun semoga membawa hikmah dan mendewasakan diri kita....

 Akhir kalam, untuk insan yang lara....
Andai pertemuan punca perpisahan biarlah kematian menemukan semula.
Andai kematian punca perpisahan biarlah hidup penuh bermakna dan memberi erti yang nyata
”.

Sunday, 19 June 2011

PTPTN batal- PNGK bawah 2.0


SUNGAI PETANI: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghentikan pinjaman pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah.
Anggota Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, tindakan itu bagi memastikan pelajar yang komited dengan pelajaran sahaja diberikan pinjaman.

“PTPTN tidak berkompromi dengan pelajar yang tidak mencapai keputusan memuaskan dan yang mendapat PNGK di bawah 2.0 secara automatik dihentikan pinjaman mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan waran pinjaman kepada pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim semalam.

Pada majlis itu, 432 pelajar dalam kawasan Parlimen Merbok menerima waran pinjaman RM1,500 setiap orang.

Sehubungan itu, Tajul Urus menasihati pelajar berusaha bersungguh-sungguh supaya tidak menghampakan ibu bapa dan kerajaan yang memberi pinjaman bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian.

“Wang PTPTN adalah duit rakyat...jadi, kami terpaksa membuat satu keputusan walaupun pahit untuk diterima,” katanya sambil mengingatkan pelajar menggunakan wang itu secara berhemah.- Bernama.

Sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/PNGKbawah2batalPTPTN/Article